Jangan bersedih...setiap ujian yang Allah beri dekat kita adalah tanda kasih sayang DIA kepada kita...mungkin kita diuji dengan kesusahan sekarang untuk kita memperolehi kesenangan pada masa hadapan..:)
Bismillahirahmanirahim... Assalamualaikum... Setelah lebih dua tahun, aku tidak membuka blog ini, akhirnya aku cuba memberanikan diriku untuk menulis semula pada malam ini. Di samping itu, aku juga mencabar diriku untuk membaca kembali segala post-post aku yang dahulu, ketika masih lagi seorang pelajar sekolah. Memang benar kata-kata sahabatku, bahawa segala post yang dahulunya pernah ku tulis, bukanlah seperti aku, namun bagi aku, ia sangat menggambarkan kelakuan aku pada satu masa dahulu. Apa yang aku tulis suatu ketika dahulu, menggambarkan kehidupan aku pada waktu itu. Namun, setelah tahun berganti tahun, sikap aku yang dahulu juga telah berubah. Aku kini sedang meniti waktu menuju ke alam dewasa, di mana segala-galanya adalah tanggungjwab aku, perlu memikirkan baik atau buruk kelakuan ku, apakah tindakan aku bakal mempengaruhi masa hadapan aku, orang di sekelilingku?, adakah mereka akan bahagia dengan tindakan aku? Aku tidak tahu, namun aku harus memikirkan mereka. ...
Hari ini dah hari yg ke 17 ramadan kan.. dan hari ini juga merupakan hari Nuzul Quran yg merupakan salah satu tarikh penting dalam kalendar umat Islam. Aku tertanye-tanye adekah aku sudah melakukan amal ibadatku pada bulan yang mulia ini sebaik-baiknya dan adakah aku menggunakan waktu yang masih ade ini dengan sebetulnya atau pendek kata adakah aku menghargai dan menghayati bulan ramadan yang mulia ini? Aku sendiri masih tertanya-tanya meskipun bulan ramadan semakin ke penghujungnya. aku pernah mendengar cerita bahawa pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu, para sahabat sangat menantikan ketibaan bulan Ramadan dan apabila bulan Ramadan makin ke penghujungnya mereka resah, gelisah dan sedih dengan berakhirnya bulan Ramadan maka berakhirlah waktu untuk mereka beribadat dengan ganjaran pahala yang berganda-ganda lebih banyak berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Antara salah satu ibadat yang boleh kita lakukan dan mendapat pahala dan syafaat sekiranya diamalkan selalu adalah dengan membac...
Jangan bersedih...setiap ujian yang Allah beri dekat kita adalah tanda kasih sayang DIA kepada kita...mungkin kita diuji dengan kesusahan sekarang untuk kita memperolehi kesenangan pada masa hadapan..:)
ReplyDelete