Posts

Showing posts from December, 2015

Episod Baharu

Bismillahirahmanirahim... Assalamualaikum... Setelah lebih dua tahun, aku tidak membuka blog ini, akhirnya aku cuba memberanikan diriku untuk menulis semula pada malam ini. Di samping itu, aku juga mencabar diriku untuk membaca kembali segala post-post aku yang dahulu, ketika masih lagi seorang pelajar sekolah. Memang benar kata-kata sahabatku, bahawa segala post yang dahulunya pernah ku tulis, bukanlah seperti aku, namun bagi aku, ia sangat menggambarkan kelakuan aku pada satu masa dahulu. Apa yang aku tulis suatu ketika dahulu, menggambarkan kehidupan aku pada waktu itu. Namun, setelah tahun berganti tahun, sikap aku yang dahulu juga telah berubah. Aku kini sedang meniti waktu menuju ke alam dewasa, di mana segala-galanya adalah tanggungjwab aku, perlu memikirkan baik atau buruk kelakuan ku, apakah tindakan aku bakal mempengaruhi masa hadapan aku, orang di sekelilingku?, adakah mereka akan bahagia dengan tindakan aku? Aku tidak tahu, namun aku harus memikirkan mereka.