inilah cerita kau dan aku...choih!

Assalamualaikum....
Hehe.. Dah lama rasenyer x update blog kan... hurmm
      Hari ni kita update jugalaa blog ni sebab nyer ade la somebody tp nak bagitau jugak nama dia, cik Izzati Aisyah ni duk marah2, komen, beleber( berleter) dan yang sewaktu dengannya sebab duk suruh kita ni update blog. Chezz...
      Btw, rasenye masih belum terlambat lagi utk kita ni ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.


kidnap dari pak cik google....hehe
Rasa mcm pelik jer nak update blog ni sbb dah lama tak update.
hari ni ade beberapa cerita nak kongsi bersama...


Cerita pertama,

Hari raya sebagai budak upper six...
      Untuk pengetahuan semua, tahun ni adalah 1st time beraya sakan selepas beberapa tahun kebelakangan ini dek kerana perlu pulang semula ke asrama dalam kadar yang segera, waktu cuti raya yang pendek dan lost contact ngan kawan lama dan juga yang sebenarnya kebanyakan kawan sekolah menengah semuanya duk jauh.Huhu.Tapi aku ni cuma ada kawan sekolah menengah je ke? Mana kawan sekolah rendah? Hehe... Sori, aku lost contact ngan diorang setelah aku masuk sekolah asrama tambahan pulak aku antara manusia pada zaman 2007 yang belum mempunyai kecanggihan teknologi masa kini iaitu handphone. Oh , sungguh kuno aku pada waktu itu.

      Berbalik kepada raya sakan aku tahun ni( bagi aku jer, hehe) aku telah pergi beraya ke beberapa rumah teman sekolahku... oh, sggh laa bnde ni makin pelik laa...kekeke.. terima kasih kepada fehah,sya,ira,tira,shada,lily dan matun kerana sudi menjemput dan menerima kedatangan aku ke rumah mereka dan tidak lupa juga kepada cg nik noriah yang telah menjemput kami satu kelas untuk datang ke rumah terbuka beliau. Terima kasih banyak2. Aku juga rasa sangat gembira kerana impian untuk makan sate akhirnya tercapai!!! yahoooooooooo!!! pelikkan kanape laa aku ni exited sangat dapat makan sate? hihi.. sbbnya tahun ni dari hari raya pertama sampai laaa hari raya entah ke berapa langsung x jumpa pun sate.. pelikkan? adoyai... choiii... tapi itulah hakikatnya.. dan akhirnya apabila datang bertandang ke rumah Matun sempena dijemput ( sebenarnya kita buat muka kesian jer masa nk srh dijemput sebab dengar ada sate kat umah dia... apalagi hari yang dinantikan penuh dengan semangat berkobar-kobar tau... bila dapat makan tak ingat dunia.. mesti korang ingat aku makan banyak kan.. alolo.. aku x de laa sampai pelahap sangat sebabnya sebelum makan sate aku dah makan laksa penang ngan nasi lemak.. hehe.. superb tak? jadi kesimpulannya, memang aku sedang membina badan laa sepanjang musim perayaan ni.. hehe...

yuhuuu... sate-sate...yummy2
dr uncle google..



jeng-jeng.... hehe..nilah ganbar raya family aku tahun ni.. tema purple...
cer teka mana satu aku?? hahah...

tamat sudah citer raya..
p/s: bila la sek aku nak buat majlis raya ni dan bila laa ade org nak bagi aku durian runtuh ni????
Cerita kedua...

 Aku dah tua...
      Hehe, pelikkan??? kan?kan? kan? kenapa laa aku duk cakap aku dah tua? melalut ker? 
Hmm..sebenarnya aku baru jer tersedar atau terreliase yang aku dah tua...
       Kenapa erk??
sob..sob..sob... kerana sebuah basikal... Mesti korang curious kan kenapa aku cakap macam tu?? hehe.. 
~oh i'm so curious yeah!~
       Nak dijadikan cerita, petang tadi aku dipanggil oleh ayahku untuk bercucuk tanam~~~ hehe... what? tak percaya? heyy  i have a green hand laa... tu pun tak caye.. hehe.. sebenarnya tukang cabut rumput kat halaman rumah jer... kekeke... Pastu tetiba aku terpandang basikal adik aku dan barulaa aku tersedar yang dah lama aku tak berbasikal. hehe... so, aku  pun berbasikallah beberapa round kat depan rumah jer... hehe.
And then, adik aku yang number 4 tu pun tetiba datang nak naik jugak... so aku seorang yang baik hati ni pun mengendong laa adik aku menggunakan basikal tersebut dan selepas itu, aku rasa kaki aku lenguh dan aku keletihan...huhu.. dan pada masa itu juga laa aku sedar bahawa aku ni semakin tua dan dah lama tak bersenam.. tuu jer.. tulaa pasal pergi sekolah bawak motor... hehe..  
      So, pengajarannya, silalah bersenam selaluya cik Husna agar anda sentiasa sihat walafiat sentiasa.

Cerita ketiga...

Saturday blues...
      Kenapa? sbbnya hari ni sekolah!!! sekolah pada hari sabtu? yolaa sayang kalu dah cuti awal masa bulan puasa untuk cuti raya memanglaa harus menghadapi situasi sebegini... choihh... cuti berganti namanya... hehe... aku ni punya laa dapat merasakan bahawa tak de suasana persekolahan pun pada hari ni dek kerana ramai jugak student yang tak datang kat school hari ni...dan secara tak langsung telah membawa suasana suram dan kurang bersemangat untuk belajar... maafkan kami yer cikgu!!! 
      so esok camne ea?? harap2 kami makin bersemangat laa yer....

Cerita keempat...
yeke?? gambar lama laa...hehe

gambar raya tahun lepas... beraya di rumah cheq

cute tak??

oh, gambar sama! xpe laa... kekawanku ni memang comey2 belako...

di hadapan kelas lama... tenang jer pemandangan kan...

ira, fehah, zati

click!!


''sume pandang camera!!'' "ok!!"

kami hidup berjiran!!!


sekian saje laa untuk malam ni... harap2 dapat update dengan cepat lagi... bosan kan entry kali ni.. so sori...

p/s: macamlaa awak tuu ade follower... choihhh 


     


Comments

  1. finally!..my lovely frined update gak blog dia dripada dibiarkan bersawang dgn spider...muahaha
    klau aku tak paksa hang suruh update mmg tak-kan-update-smpai-ke-sudahlah kan???...choiihh

    best plak entry kali nie tau..ade bnyak gambar yang semestinya gambar aku hanya pakai baju sekolah jer..gambar raya takde..nmpak sngat cik husna x pergi beraya rumah saya...ahaha..padahal diri sndiri pun x pergi rumah cik husna kita...biane unni!!..lain kalilah erkk...wink wink

    wish hang dah tercapai ek, dpat mkn sate..klau Matun x ajak gi rumah die, tahun depan kot hang dpat merasa mkn sate plop...hahaha..*gelak kejam..:p

    hang bukan tu tapi evergreen gitu...mana pandang basikal dah..motor je tau naik...kereta???..hahaha

    lain kali update bnyak kali yer..hang tu ade je story tapi simpan dlm kepala buat ape...jgn simpan2x ekk..luahkan apa isi hatimu..hehehe...

    daaa...:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

stress? yeah, of course!!!