ramadan oh ramadan

Hari ini dah hari yg ke 17 ramadan kan.. dan hari ini juga merupakan hari Nuzul Quran yg merupakan salah satu tarikh penting dalam kalendar umat Islam. Aku tertanye-tanye adekah aku sudah melakukan amal ibadatku pada bulan yang mulia ini sebaik-baiknya dan adakah aku menggunakan waktu yang masih ade ini dengan sebetulnya atau pendek kata adakah aku menghargai dan menghayati bulan ramadan yang mulia ini? Aku sendiri masih tertanya-tanya meskipun bulan ramadan semakin ke penghujungnya. aku pernah mendengar cerita bahawa pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu, para sahabat sangat menantikan ketibaan bulan Ramadan dan apabila bulan Ramadan makin ke penghujungnya mereka resah, gelisah dan sedih dengan berakhirnya bulan Ramadan maka berakhirlah waktu untuk mereka beribadat dengan ganjaran pahala yang berganda-ganda lebih banyak berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Antara salah satu ibadat yang boleh kita lakukan dan mendapat pahala dan syafaat sekiranya diamalkan selalu adalah dengan membaca Al-Quran. hanya dengan memandang Al-Quran kita boleh mendapat pahala bahkan sekiranya kita membacanya dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. kenapa aku asyik berbicara mengenai Al-Quran? mungkinkah kerana aku telah menonton sebuah rancangan agama di tv petang tadi yang berbicara mengenai Al-Quran?? Aku bukannya seseorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi meskipun pernah menuntut di sebuah sekolah agama, namun aku hanya hanyalah insan biasa yang inginkan pendapat, komen, pandangan dan nasihat atas perbuatan dan perlakuan aku. mungkin apa yang aku coretkan disini ada kekhilafan dan kesalahan yang perlu diperbaiki dan tolonglah kepada mana-mana insan yang berhati mulia untuk menegur diriku yang serba kekurangan ini kerana aku yakin buat baik dibalas baik. Berbalik mengenai apa yang diperkatakan olehku sebentar tadi, menurut ustaz kat dalam tv tu, dia bagitau sekiranya kita tidak tahu membaca al-quran tetapi kita cuba membaca dan mengamalkannya kita kan mendapat pahala dan tidak akan dilaknat, namun sekiranya kita tahu membaca tetapi tidak mengamalkannya, kita akan dilaknat. Nauzubillah. Oleh itu peringatan untuk diri sendiri terutamanya, bacalah al-Quran, fahami maksud Al Quran dan amalkanlah ia kerana perbuatan ini sangat disukai Allah dan Rasul serta Al quran sendiri akan memberi syafaat kita di akhirat nanti. semoga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat di akhirat kelak. Amin.

p/s: sekiranya ada kesalahan dalam penulisan saya tolong tegur yer..
wassalam


Comments

  1. In shaa Allah, sama2 kita menghayati 10 malam terakhir dan memperbanyakkan bacaan Al-Quran...klau kita dah selalu amalkan bcaan al-Quran dah jdi satu ketagihan pulop kan..

    semoga Allah melindungi kita dan semoga kita tergolong dlm golongan yg mendapat syafaat...

    p/s: kalau saya ada wat silap, tegurlah yunk ek...sama2 kita muhasabah diri...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah... semoga kita dapat sama-sama hayati bulan ramadan yang mulia ini... ketagih baca al-quran? hmm,why not..jom jadikan al-quran satu trend..
      Aminn...
      sama2laa kita berusaha ke arah kebaikan

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

inilah cerita kau dan aku...choih!

stress? yeah, of course!!!